Teks juga memainkan
peranan untuk membentuk sesuatu perkataan dan perenggan bagi tujuan
berkomunikasi, menyampaikan ide dan fakta dalam apa jua tujuan. Dalam
penghasilan produk multimedia, teks memainkan peranan amat penting untuk
menerangkan bagaimanakah aplikasi yang dihasilkan berfungsi, panduan kepada
pengguna untuk melayari aplikasi tersebut, dan menghantar maklumat pada
aplikasi yang telah direkabentuk. Teknologi teks pada asasnya banyak dgunakan
dalam sistem multimedia. Bagaimanakah teks tersebut dibangunkan dan
dikemaskini, bagaimana ia disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk
pembangunan. Pada tajuk ini akan menerangkan ciri-ciri teks, dan bagaimana ia
disimpan dalam produk multimedia.
Penggunaan Teks dalam Aplikasi
Multimedia
Dalam sistem komputer, teks
selalunya digunakan bagi menghantar maklumat dan untuk kegunaan antaramuka
pengguna. Kini, sistem komputer adalah berasaskan antaramuka grafik pengguna
(GUI), namun teks masih lagi sebagai mekanisma utama untuk penerangan, menu dan
arahan kepada pengguna. Walaupun produk multimedia mengandungi gambar, audio
dan video tetapi ia masih memerlukan teks untuk memantapkan lagi penyampaian.
Teks digunakan dalam berbagai tujuan.
- Memberi pengenalan kepada sesuatu objek seperti gambar atau label bagi program.
- Menghantar maklumat dalam bentuk penerangan helaian yang mengandungi sebahagian besar adalah teks.
- Membolehkan pengguna melayari aplikasi.
1.
Label dan Tajuk
Label biasanya digunakan sebagai
tajuk window bar ataupun sebagai mengenalpasti input teks bagi sesuatu sistem.
Untuk mengenalpasti logo, objek ataupun gambar, label diperlukan. Bukan saja
dalam dunia komputer kita perlu melabelkan atau memberi sesuatu tajuk kepada
barang atau objek yang hendak diperkenalkan kepada umum, malah ia telah menjadi
satu kewajipan yang measti ada. Label dan tajuk ini mestilah dalam bentuk ayat
yang pendek dan mudah difahami oleh pengguna. Ia bukanlah satu penerangan yang
panjang perlu dijelaskan bagi memperkenalkan objek, gambar atau logo yang telah
dibangunkan dalam aplikasi multimedia.
2.
Navigasi dan sokongan pengguna
Teks yang berasaskan kawalan dalam
aplikasi multimedia adalah mengandungi butang, senarai box, senarai drop-down
dan menu window. Walaupun terdapat operasi dalam aplikasi yang hanya perlu
menggunakan tetikus iaitu 'klik' untuk melayari. Namun, ia masih memerlukan
arahan untuk "enter" pada papan kekunci selain menggunakan tetikus.
Dalam pembangunan objek multimedia, teks pada butang hendaklah jelas dan ringkas.
Pandangan yang kontra antara latarbelakang dan butang adalah sangat penting
untuk menghasilkan kawalan yang senang untuk dilihat dan digunakan.
Aplikasi multimedia banyak
bergantung kepada penggunaan teks dalam banyak aspek, termasuklah:
- Tajuk halaman
- Penerangan maklumat dalam bentuk perkataan atau perenggan.
- Melabelkan gambar
- Arahan untuk menjalankan operasi pada aplikasi.
Sumber:
No comments:
Post a Comment